Monday, August 2, 2010

Pais Ikan Kembong

Kalo ikan kembung masak asam pedas, confirm takkan laku kat umah aku, but kalo di buat masak PAIS ni, confirm ada yang bertekak sebab nak lebih kan..hehehehe

kebetulan, masa aku balik kampung beberapa minggu lepas, nak makan kena masak sendiri sebab banyak sangat kenduri kendara kat kampung tu kan, dan yang sedih hanya ada ayam & ikan kembong jek..owhh sungguh lah kan..last aku pon mendapat idea, hehehee

owh ni resepi dari mak aku, biasa aku tgk jek, xpon tolong bungkus kan & bakar jek, tp kali ni, aku try buat sendiri..hehehehe

PAIS IKAN KEMBUNG
nampak xmenarik kan, sebab aku lah malas nk snap sebab dah lapar sangat!
ok resepinya mudah aja,

Bahan-bahan:-

  1. 6ekor ikan kembung
  2. Lada kering yang di blend dengan bawang besar & kunyit hidup secukupnya, lebih boleh simpan nanti :D
  3. 5 ulas Bawang merah di kisar halus
  4. 2 ulas bawang putih di kisar halus
  5. sebatang serai yang di blend
  6. asam jawa pekat secukupnya
  7. garam secukup rasa
  8. daun kunyit [di potong kasar]
  9. daun limau purut [di potong kasar]
  10. Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:-

campurkan bahan 2, 3, 4, 5, 6 dan 7, gaulkan hingga rata. Kemudian sediakan daun pisang dan letakkan sedikit bahan yang telah dicampurkan, kemudian letakkan ikan kembung & timbus [boleh guna ke istilah ni..kekeke belasah ja yaa] dengan bahan yg telah di campurkan tu, tabur daun kunyit & daun limau purut & bungkus lah ikan tersebut & bakar sehingga masak.

dah masak boleh lah makan,

utk melihat resepi ni di Belog lain [Klik SIni]. dan kebiasaan nye dulu, lauk ni utk ikan bilis seperti di sini. Cuma resepi lain2 sikit lah.

Nota kaki: Lah senang jek kan, lauk yang payah jangan harap aku nak masak..kekekekee. Lepas ni mak aku mesti malas dah nak tolong masakkan lauk ni..hehehe

No comments: